Pembelian Tanah Lot 278, 374 & 375, Seksyen 15 Georgetown, Daerah Timur Laut Untuk Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam, Lorong Popus, Pulau Pinang


Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam merupakan sekolah pendidikan agama yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(No. rujukan JAIPP/PEND/) yang kini sedang beroperasi di alamat No. 26, Lorong Popus, 10500 Pulau Pinang. Madrasah ini telah ditubuhkan sejak
tahun 60-an bagi menyediakan sarana pendidikan seperti pengajian KAFA, pengajian umum serta ceramah-ceramah agama.


Madrasah yang dikendalikan oleh Persatuan Nurul Islam ini telah mengadakan kerjasama dengan pentadbiran MAINPP bagi mengutip sumbangan
wakaf daripada orang ramai sebanyak 2.5 juta bagi membiayai pembelian tanah atas Lot 278, 374 & 375, Seksyen 15 Georgetown, Daerah Timur
Laut seluas 0.294 ekar untuk pembangunan Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam di atas lot-lot tanah berkenaan.


Alamat: Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam No. 26, Lorong Popus, 10500 Pulau Pinang.
Dato' Dr. Sheik Daud b. Hamid 012-4755878
Dr. Shaik Abdullah b. Hassan Mydin 012-4809412
En. Sultan b. Syed Salhamid 016-4755878