Pembinaan Asrama Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah (IBRAH)


Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah (IBRAH) merupakan sebuah sekolah menengah swasta berasrama penuh yang terletak di Kampung Tanjung Putus,
Permatang, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Bermula dengan pengambilan pelajar tingkatan satu seramai 33 orang pada tahun 2010, kini
mempunyai lebih 170 orang pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang belajar di sini.


IBRAH dimiliki Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang Berhad (P-4-0220),Pulau Pinang Berhad (P-4-0220), iaitu koperasi yang berdaftar di bawah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). IBRAH merupakan institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(JAIPP) dengan nombor pendaftaran JAIPP/PEND/05-BM-(M) 0028.


IBRAH menggunapakai konsep integrasi antara bidang diniah, akademik, bahasa arab dan kemahiran. Para pelajar di IBRAH akan belajar subjek
bahasa arab seperti Nahu/Sorof, Ta’bir/Hiwar, Imlak dan Khat; subjek deeniah seperti Al-Quran, Tafsir, Hadis, Tauhid, Fikah, Sirah dan akhlak di
samping subjek-subjek akademik. Senarai penuh subjek-subjek yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar IBRAH disenaraikan di bawah tajuk
AKADEMIK.


Para pelajar IBRAH akan menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) ketika di Tingkatan 4 di samping PT3 dan SPM. Terdapat dua
aliran pengajian bagi pelajar menengah atas, iaitu Aliran Sains Agama dan Aliran Agama Ikhtisas.


Pada ketika ini, pihak IBRAH sedang merancang untuk membangunkan sebuah bangunan asrama untuk kemudahan penempatan pelajar. Pihak IBRAH
telah mengadakan kerjasama dengan pentadbiran MAINPP bagi mengutip sumbangan dana wakaf sebanyak RM2.4 juta untuk tujuan pembinaan
bangunan asrama berkenaan.


Alamat: Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah (IBRAH), Kampung Tanjung Putus, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
En. Ahmad Shukri b. Nordin 019-457 2177 / 011-1319 3700
En. Ahmad Zaki b. Ab. Rahman 019-410 5070