Pembelian Tanah Lot 349, Mukim 9, Barat Daya Untuk Pusat Pendidikan Al-Itqan, Teluk Kumbar


Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) merupakan sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
(no. pendaftaran JAIPP/PEND/01-BD-(M)0024). Pusat Pendidikan Al-Itqan menggabungkan pembelajaran ilmu keagamaan (diniah) dan kurikulum
bersepadu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikannya.


Ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai Sekolah Rendah Islam (SRI) AL-Islah dengan seramai 70 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar di sebuah
rumah banglo beralamat Lot 347-348 Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Laut seluas 0.294 ekar untuk pembangunan Madrasah Tarbiyyah Nurul Islam di atas lot-lot tanah berkenaan.


Kemudian, pada tahun 2008, Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah telah berjaya ditubuhkan di tapak tanah kekal milik institusi ini. Pada tahun yang
sama, Sekolah Rendah Islam Al-Islah telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pendidikan swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sebagai Sekolah Rendah Al-Itqan.


Pada tahun 2015, Pusat Pendidikan Al-Itqan telah menubuhkan dua(2) buah lagi institusi iaitu sebuah prasekolah yang diberi nama Permata Itqan
sama, Sekolah Rendah Islam Al-Islah telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pendidikan swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dan sebuah institusi yang berpandukan kepada sistem pendidikan pondok iaitu Maahad Tahfiz Al-Itqan. Kemudian pada tahun 2016, nama
Tadika Amal Intelek digunakan untuk menggantikan Permata Itqan. Dan pada tahun ini juga, bangunan Maahad Tahfiz Al-Itqan telah dinaik taraf
dengan kelas yang lebih luas dah selesa.


Kini, Pusat Pendidikan Al-Itqan dari Sekolah Rendah (SRI) Al-Itqan dan Sekolah Menengah (SMI) Al-Itqan mempunyai lebih kurang 220 orang pelajar
sekolah rendah dengan 27 orang tenaga pengajar dan 70 orang pelajar sekolah menengah dengan seramai 14 orang pendidik. Manakala Tadika Amal
Intelek telah meningkat seramai 30 orang pelajar dari 12 orang sahaja pada tahun sebelumnya serta Maahad Tahfiz Al-Itqan mempunyai 14 orang pelajar
yang telah meningkat dari hanya 4 orang pelajar pada permulaan tahun 2015. Masing-masing mempunyai seramai 2 dan 4 orang tenaga pengajar.


Semua institusi di bawah PPAIQ ini menekankan tarbiyah dalam sistem pendidikannya. Supaya dengan adanya institusi ini, ia akan membuka peluang
kepada masyarakat yang mementingkan kedua-dua aspek pendidikan akademik dan agama untuk anak-anak mereka. PPAIQ telah mengadakan
kerjasama dengan pentadbiran MAINPP untuk mengutip sumbangan wakaf daripada orang ramai bagi membeli tanah atas sebahagian Lot 349, Mukim 9,
Barat Daya (0.73 ekar) dengan kos 2.5 juta bagi membina bangunan sekolah di atas lot tanah terlibat.