Pembelian Tanah Lot 253, Mukim B, Daerah Barat Daya Untuk Madrasah Miftahul Irfan, Jalan Sg. Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang


Madrasah Miftahul Irfan merupakan sekolah pendidikan tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
11000 Balik Pulau, (No. rujukan JAIPP/PEND/01-BD-(R)014). Madrasah berkenaan kini sedang beroperasi di alamat No .247, Lot 267, Mukim B,
Jalan Sg. Pinang, setelah dipindahkan dari Masjid Benggali, Lebuh Leith, Pulau Pinang. Madrasah ini mempunyai pelajar sepenuh masa hampir
200 orang (berumur di antara 10-18 tahun) di samping 17 orang tenaga pengajar bertugas secara sepenuh masa untuk memimpin Kelas Tahfiz
dan Pengajian Islam.


Berikutan terdapat keperluan untuk mendirikan bangunan tambahan, seluas 3 ekar berjumlah RM1.6 juta. Lanjutan itu, pihak madarasah telah
mengadakan kerjasama dengan pentadbiran MAINPP bagi mengutip sumbangan wakaf daripada orang ramai bagi membiayai pembelian
tanah tersebut untuk dijadikan wakaf Madrasah Miftahul Irfan.


Alamat: Madrasah Miftahul Irfan No .247, Lot 267, Mukim B, Jalan Sg. Pinang, 11000 Balik Pulau
Ustaz Shamsudeen b. Mohd Hasan 012-4429176
Ustaz Sheik Osman b. Abdul Hakeem 017-4045428