MADRASAH MIFTAHUL IRFAN telah ditubuhkan dan berkembang berteraskan visi, misi dan objektif yang jelas. Objektif utama Madrasah ini adalah melahirkan para Hafiz Al-Quran dan Ulama yang Mursyid di kalangan Umat Islam. Madrasah Miftahul Irfan juga bertindak sebagai pusat menyebarkan Syiar Islam dan membantu Masyarakat Islam untuk mendalami Ilmu Al-Quran dan Hadith, juga bidang-bidang lain dalam Pengajian Islam serta Sunnah Baginda Rasulallah SAW.

Madrasah Miftahul Irfan telah mula beroperasi sejak tahun 1993 di Tanah Wakaf No 247, Lot 267, mukim 3, Jalan Sg. Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, setelah dipindahkan dari Masjid Benggali, Lebuh Leith, P. Pinang. Jumlah pelajar sepenuh masa hampir 200 orang (berumur diantara 10-18 tahun). Dari segi tenaga pengajar pula, terdapat 17 orang yang berkelayakan bertugas secara sepenuh masa untuk memimpin Kelas Tahfiz dan Pengajian Islam.

Untuk makluman, kebanyakan pelajar-pelajar disini terdiri daripada golongan fakir miskin serta beberapa pelajar dari luar negara seperti Kemboja, Vietnam, Algeria, Thailand dan Indonesia. Pihak Madrasah sedang mengusahakan pengumpulan dana bagi pembelian tanah diatas lot 253, Jalan Sg Pinang, Balik Pulau, P. Pinang yang berjumlah RM1.6 Juta. Dengan itu pihak Madrasah memerlukan dana bagi tujuan pembangunan serta pembelian tanah tersebut.

Kewujudan Madrasah Miftahul Irfan telah memberi banyak manfaat, khususnya kepada para pelajar dan umat islam secara amnya, dalam usaha menyebarkan Syiar Islam dan seterusnya memantapkan pengamal Ajaran Islam berteraskan Al-Quran dan Hadith.

MELAHIRKAN ULAMA YANG RABBANI